Wednesday, August 19, 2009
Monday, July 13, 2009
Tuesday, June 30, 2009
Wednesday, May 13, 2009
BERITA BAIK: KURSUS FERTIGASI KINI RM120.00
Wednesday, May 6, 2009
KURSUS FERTIGASI
Semasa kursus peserta didedahkan dengan teori fertigasi, mempelajari cara merancang (termasuk mengira keperluan), membuat keputusan, melaksanakan dan mengurus projek. Peserta akan didedahkan dengan latihan amali dari penyediaan tangki takungan baja sehingga ke peringkat memetik buah (kira A-Z lah). Peserta juga diwajibkan melawat projek fertigasi sebenar dan boleh bersoal-jawab semasa di kebun.
Objektif Kursus: Selepas kursus peserta boleh mengenali dan memehami fertigasi serta boleh merancang, membuat keputusan, melaksana dan mengurus projek fertigasi sendiri tanpa atau dengan sedikit bantuan dari pengamal fertigasi yang lain.
Galeri sebahagian daripada aktiviti semasa kursus dijalankan:
Wednesday, March 11, 2009
Thursday, January 22, 2009
KEBUN PC FARM: KG. BANTAYAN TAMPARULI
FASA 1
1. Penyediaan Kawasan/Tapak
Keadaan Tapak Asal Selepas Ditimbun dan Diratakan
2 Memagar
Tiang pagar daripada kayu belian digunakan
3. Mendirikan Rumah Tangki dan Tangki Takungan Baja
Tiang rumah tangki telah siap dipasang.
Rumah tangki dan tangki konkrit telah disiapkan.
4. Mendirikan Struktur Pelindung Hujan 1 (20’x120’)
Memandangkan kos yang terlalu tinggi bagi membeli besi galvani / paip besi, kami membuat keputusan umtuk membina SPT daripada kayu. Kayu yang digunakan pula diambil di sekitar kampung yang di dipotong menggunakan chainsaw menjadi beruti mengikut saiz diperlukan. Awas! jangan ambil kayu dari kawasan hutan larangan nanti Forest Dept. tangkap…
Rangka SPT 1 dengan keluasan 20’x120’ telah disiapkan dan bolah dipasang dengan plastic UV sebagai bumbung.
SPT1 telah siap sepenuhnya dan telah ditanam dengan tanaman tomato dan cili.
5. Mendirikan Struktur Pelindung Hujan 2 dan 3 (20’x70’)
Untuk SPT2 dan SPT3 kami cuba lagi untuk mengurangkan kos. Kali ini kami menggunakan batang nibong sebagai tiang (menurut orang tua-tua pada zaman dahulu mereka gunakan nibong sebagai tiang dan lantai rumah, boleh bertahan sehingga melebihi 20 tahun jika menggunakan pokok yang cukup matang). Di bahagian atas pula kami menggunakan kayu akasia yang banyak terdapat di sekitar kampung, senang diperolehi dan mudah disediakan.
SPT 1 & 2 telah siap, menurut rekod kami setiap SPT boleh disiapkan dalam masa 4-5 hari sahaja sekiranya semua keperluan lengkap.
6. Mendirikan Bangunan (Pejabat, Pusat Latihan, Pusat Jualan dan Kilang memproses Cocopeat)
Untuk memudahkan pengurusan, kami telah membina bangunan untuk tujuan pejabat urusan, pusat latihan, pusat jualan dan kilang memproses cocopeat.
Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan
FASA 2
Setelah kesemua kawasan fasa 1 penuh kami, kami membesarkan kawasan dengan membuka tanah baru bersebelahan dengan fasa 2 untuk tujuan penanaman cili dengan cara terbuka (Tanpa SPT).
Keadaan Tapak Asal Sebelum kerja-kerja penyediaan kawasan dilakukan.
Kerja-kerja pembersihan kawasan, menimbus dan meratakan sedang dilaksanakan.
Seluruh kawasan Fasa 2 telah disediakan dan sedia untuk.
Polibeg disusun dengan teliti dan kemas
Seluruh kawasan Fasa 2 telah ditanam dengan pelbagai jenis cili sebanyak 4000 pokok.
Thursday, January 15, 2009
APA ITU FERTIGASI?
Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.
Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.
- Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
- Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
- Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
- Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
- Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
- Kualiti hasil yang lebih baik.
- Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
- Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
- Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
- Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.