Friday, July 22, 2011

KURSUS FERTIGASI JULY 2011

Salam semua.
PC Farm S/B akan mengadakan Kursus Fertigasi pada 30hb Julai (Sabtu) 2011 di Kg Bantayan, Tamparuli bermula jam 7.30am (pendaftaran). Yuran penyertaan RM120/org. Sila respon atau SMS nama penuh ke 016-262 2696/ 016262 2717 jika berminat. TQ
(Penyertaan adalah sangat terhad kepada 15 org sahaja).

Tuesday, January 25, 2011

Lembaran 2011


Salam sejahtera semua, especially para peminat fertigasi khususnya orang Sabah..
Sebelum ini, saya bagi pihak PC Farm ingin meminta maaf yang tidak terhingga kerana begitu lama tidak mengemaskini laman blog ini. Ini adalah kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan.

Anyway, here we are.. 2011 ..( walaupun sudah hampir ke penghujung bulan Januari 2011), tapi saya percaya masih belum terlambat untuk kami dari PC Farm, mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011!...

(Hmmm..) Once again tahun baru menjelma lagi… Selain daripada umur, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun 2010. Kalau azam 2010 sudah tercapai, kita bersyukur. Tapi, jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi.

Well, bagi PC Farm, 2010 banyak memberi kenangan/pengajaran pahit manis kepada kami…Kami telah mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA). Terima Kasih semua.. Since, tahun lalu juga merupakan langkah kedua kami mengambil/menerima beberapa projek (yang berkaitan dengan tanaman pertanian menggunakan sistem fertigasi) dari yang kecil sehinggalah yang sederhana besar (harap-harap this year dapat yang projek besar-besar.. hopefully.. doakan k kawan-kawan.. ). Banyak cabaran dan dugaan yang kami lalui, tapi syukurlah, semuanya telah beres dengan selamat dan jayanya, yang paling penting customer happy … Kan?

Dengan ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan berbanyak terima kasih kepada para pelanggan dan peserta kursus sepanjang tahun lalu, atas sokongan, kerjasama dan feedback kalian yang begitu memberangsangkan sepanjang tahun lalu. Kami berharap agar hubungan erat itu tidak akan putus begitu sahaja.

Kepada para peserta/peminat fertigasi yang telah mencuba tetapi mungkin tidak berapa Berjaya tahun lepas, cuba lagi!.. Jangan putus asa!. Orang bilang kalau kita mau makan nasi, kita boleh 1. masak, 2. beli dan yang ke-3. minta dari sesiapa sahaja. Contohnya, untuk cara yang pertama tadi iaitu memasak, kita boleh gunakan beberapa cara memasak nasi juga, contohnya kita boleh masak menggunakan dapur kayu, periuk elektrik atau periuk kukus. Jika kita mau masak guna periuk elektrik pula, kadang-kadang kita tidak ada periuk tersebut. Adakah usaha masak nasi akan gagal? Tidak juga. Mungkin boleh pinjam periuk nasi elektrik saudara mara atau jiran sebelah. Pendek kata, bagi setiap pilihan yang kita buat, ada bermacam-macam lagi pilihan lain yang wujud.

Sorry lah, untuk permulaan tahun ni kita cakap-cakap dulu pasal azam baru lah, pahit manis 2010 lah dan yang paling penting Never give up!.. Orang bilang ‘Use completely different approach!.. barulah ada Umpph!.. “Semangat gitu..” . Oleh itu, jangan segan, jangan silu sms atau hubungi kami melalui talian atau email seperti di atas jika ada apa-apa persoalan yang berkaitan dengan fertigasi. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan/persoalan kawan-kawan /Tuan-tuan/ Puan-puan. Okay,.. itu saja untuk kali ini.. Kita berjumpa lagi.. Selamat Maju Jaya!...

- CAL

Thursday, April 15, 2010

MAKLUMAN DARI PIHAK PENGURUSAN PC FARM

Tuan-tuan dan puan-puan. saudara saudari yang dihormati, pihak pengurusan PC Farm memohon maaf di atas blog kami yang tidak dikemaskini sejak 18 August 2009. Ini adalah disebabkan oleh kesibukan kerja sejak penghujung tahun lepas sehingga kini. Namun begitu kami berjanji mulai pada bulan Mei 2010 kami akan kemaskini blog kami dengan memaparkan lebih banyak maklumat yang boleh membantu anda, maklumat perkembangan PC Farm sehingga kini, maklumat harga peralatan fertigasi terkini, kursus dan banyak lagi...

"Nantikan kami pada bulan Mei 2010"

Wednesday, August 19, 2009

Monday, July 13, 2009

Tuesday, June 30, 2009

Wednesday, May 13, 2009

BERITA BAIK: KURSUS FERTIGASI KINI RM120.00

Setelah membuat kajian semula ke atas kursus-kursus yang telah kami anjurkan terdapat beberapa perkara/tajuk yang boleh disatukan/dipercepatkan. Oleh itu masa untuk kursus dapat dipercepatkan tanpa mengurangkan pengetahuan peserta kursus berbanding peserta lain sebelum ini. Kos untuk menganjurkan kursus juga telah turun di mana peserta hanya perlu membayar RM120.00 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini, tempat adalah terhad (15 orang sahaja).
Sila hantarkan maklumat anda seperti berikut:
Nama Penuh:
No K/P:
No H/P:
Alamat:




ke:-


SMS / bercakap : 016-2622696 / 017-8322381
Fax: 088-783608


Bayaran boleh dibuat melalui:
1. Melalui Bank
AM BANK, CAWANGAN TUARAN
PC FARM
NO. AKAUN: 210-201-200208-1




2. Bayaran Tunai


Datang terus ke pejabat PC Farm, Kg. Bantayan, Tamparuli.