Tuesday, January 25, 2011

Lembaran 2011


Salam sejahtera semua, especially para peminat fertigasi khususnya orang Sabah..
Sebelum ini, saya bagi pihak PC Farm ingin meminta maaf yang tidak terhingga kerana begitu lama tidak mengemaskini laman blog ini. Ini adalah kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan.

Anyway, here we are.. 2011 ..( walaupun sudah hampir ke penghujung bulan Januari 2011), tapi saya percaya masih belum terlambat untuk kami dari PC Farm, mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011!...

(Hmmm..) Once again tahun baru menjelma lagi… Selain daripada umur, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun 2010. Kalau azam 2010 sudah tercapai, kita bersyukur. Tapi, jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi.

Well, bagi PC Farm, 2010 banyak memberi kenangan/pengajaran pahit manis kepada kami…Kami telah mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA). Terima Kasih semua.. Since, tahun lalu juga merupakan langkah kedua kami mengambil/menerima beberapa projek (yang berkaitan dengan tanaman pertanian menggunakan sistem fertigasi) dari yang kecil sehinggalah yang sederhana besar (harap-harap this year dapat yang projek besar-besar.. hopefully.. doakan k kawan-kawan.. ). Banyak cabaran dan dugaan yang kami lalui, tapi syukurlah, semuanya telah beres dengan selamat dan jayanya, yang paling penting customer happy … Kan?

Dengan ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan berbanyak terima kasih kepada para pelanggan dan peserta kursus sepanjang tahun lalu, atas sokongan, kerjasama dan feedback kalian yang begitu memberangsangkan sepanjang tahun lalu. Kami berharap agar hubungan erat itu tidak akan putus begitu sahaja.

Kepada para peserta/peminat fertigasi yang telah mencuba tetapi mungkin tidak berapa Berjaya tahun lepas, cuba lagi!.. Jangan putus asa!. Orang bilang kalau kita mau makan nasi, kita boleh 1. masak, 2. beli dan yang ke-3. minta dari sesiapa sahaja. Contohnya, untuk cara yang pertama tadi iaitu memasak, kita boleh gunakan beberapa cara memasak nasi juga, contohnya kita boleh masak menggunakan dapur kayu, periuk elektrik atau periuk kukus. Jika kita mau masak guna periuk elektrik pula, kadang-kadang kita tidak ada periuk tersebut. Adakah usaha masak nasi akan gagal? Tidak juga. Mungkin boleh pinjam periuk nasi elektrik saudara mara atau jiran sebelah. Pendek kata, bagi setiap pilihan yang kita buat, ada bermacam-macam lagi pilihan lain yang wujud.

Sorry lah, untuk permulaan tahun ni kita cakap-cakap dulu pasal azam baru lah, pahit manis 2010 lah dan yang paling penting Never give up!.. Orang bilang ‘Use completely different approach!.. barulah ada Umpph!.. “Semangat gitu..” . Oleh itu, jangan segan, jangan silu sms atau hubungi kami melalui talian atau email seperti di atas jika ada apa-apa persoalan yang berkaitan dengan fertigasi. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan/persoalan kawan-kawan /Tuan-tuan/ Puan-puan. Okay,.. itu saja untuk kali ini.. Kita berjumpa lagi.. Selamat Maju Jaya!...

- CAL

No comments:

Post a Comment