Thursday, January 22, 2009

KEBUN PC FARM: KG. BANTAYAN TAMPARULI

Kebun PC Farm, Kg Bantayan telah dimulakan pada November 2007 di atas tapak seluas 0.4 ekar(fasa 1) dengan 3 unit Struktur Pelindung Hujan berukuran masing-masing 20’x120’, 20’x70’ dan 20’x70’ yang kesemuanya ditanam dengan tanaman tomato sebanyak 3624 pokok, 1 unit rumah semaian, satu unit rumah tangki, 1 unit bangunan (pejabat, pusat latihan, pusat jualan dan kilang memproses cocopeat. Pada bulan oktober 2008 kami menambah keluasan dengan membuka tanah baru seluas 1.15 ekar(fasa 2) dengan menanam pelbagai jenis cili sebanyak 4000 pokok. IKUTI PERKEMBANGAN KAMI… MUNGKIN ANDA BOLEH MENDAPAT IDEA ATAU KOMEN SEKIRANYA ANDA BERMINAT.

Pelan Tapak Projek Fertigasi Kg. Bantayan, Tamparuli (fasa 1 dan Fasa 2)












FASA 1

1. Penyediaan Kawasan/Tapak


Keadaan Tapak Asal Selepas Ditimbun dan Diratakan













2 Memagar


Tiang pagar daripada kayu belian digunakan

Pagar perlu dibuat unruk mengelakkan projek diganggu oleh haiwan atau manusia.









3. Mendirikan Rumah Tangki dan Tangki Takungan Baja


Tiang rumah tangki telah siap dipasang.

Rumh tangki tak perlu cantik yang penting larutan baja dalam tangki tidak terkena sinaran matahari terus dan peralatan elektrik tidak basah.











Tangki konkrit yang telah siap.
Kami menggunakan tangki konkrit untuk menjimatkan kos dan boleh mendapatkan isipadu kandungan air lebih tinggi.
Harga Poly Tank agak tinggi sehingga mencecah RM 960.00 untuk saiz 600 gelan.












Rumah tangki dan tangki konkrit telah disiapkan.












4. Mendirikan Struktur Pelindung Hujan 1 (20’x120’)

Memandangkan kos yang terlalu tinggi bagi membeli besi galvani / paip besi, kami membuat keputusan umtuk membina SPT daripada kayu. Kayu yang digunakan pula diambil di sekitar kampung yang di dipotong menggunakan chainsaw menjadi beruti mengikut saiz diperlukan. Awas! jangan ambil kayu dari kawasan hutan larangan nanti Forest Dept. tangkap…


Semua kerangka SPT terdiri daripada kayu yang dipotong sendiri.

Rangka SPT 1 dengan keluasan 20’x120’ telah disiapkan dan bolah dipasang dengan plastic UV sebagai bumbung.












SPT1 telah siap sepenuhnya dan telah ditanam dengan tanaman tomato dan cili.
















5. Mendirikan Struktur Pelindung Hujan 2 dan 3 (20’x70’)

Untuk SPT2 dan SPT3 kami cuba lagi untuk mengurangkan kos. Kali ini kami menggunakan batang nibong sebagai tiang (menurut orang tua-tua pada zaman dahulu mereka gunakan nibong sebagai tiang dan lantai rumah, boleh bertahan sehingga melebihi 20 tahun jika menggunakan pokok yang cukup matang). Di bahagian atas pula kami menggunakan kayu akasia yang banyak terdapat di sekitar kampung, senang diperolehi dan mudah disediakan.




SPT 1 & 2 telah siap, menurut rekod kami setiap SPT boleh disiapkan dalam masa 4-5 hari sahaja sekiranya semua keperluan lengkap.














SPT 1 dan SPT 2 telah ditanam dengan tanaman tomato. Bagi keluasan 20'x70' sebanyak 1000-1060 pokok tomato boleh ditanam.












6. Mendirikan Bangunan (Pejabat, Pusat Latihan, Pusat Jualan dan Kilang memproses Cocopeat)
Untuk memudahkan pengurusan, kami telah membina bangunan untuk tujuan pejabat urusan, pusat latihan, pusat jualan dan kilang memproses cocopeat.



Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan















Pejabat PC Farm telah siap.
Saudara-saudari bolehlah datang ke pejabat kami sekiranya ingin berurusan dengan kami. Welcome...













FASA 2
Setelah kesemua kawasan fasa 1 penuh kami, kami membesarkan kawasan dengan membuka tanah baru bersebelahan dengan fasa 2 untuk tujuan penanaman cili dengan cara terbuka (Tanpa SPT).


Keadaan Tapak Asal Sebelum kerja-kerja penyediaan kawasan dilakukan.


















Kerja-kerja pembersihan kawasan, menimbus dan meratakan sedang dilaksanakan.














Seluruh kawasan Fasa 2 telah disediakan dan sedia untuk.


















Polibeg disusun dengan teliti dan kemas
















Seluruh kawasan Fasa 2 telah ditanam dengan pelbagai jenis cili sebanyak 4000 pokok.

Thursday, January 15, 2009

APA ITU FERTIGASI?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.
Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.
Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.


KEPERLUAN (secara umum)
Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki air dan tangki air nutrien (baja), tong untuk menyimpan stok nutrient, pam air, paip poli atau paip PVC, dripper, tiub poli, tiub mikro, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Bagi menggantikan fungsi tanah, beberapa media digunakan seperti cocopeat (sabut kelapa), sekam padi, rootwool, perlite, zeolite, dan vermiculate. Sabut kelapa (cocopeat) dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya yang murah, ringan, dan mudah digunakan.

KELEBIHAN KAEDAH FERTIGASI
  • Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
  • Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
  • Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
  • Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
  • Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
  • Kualiti hasil yang lebih baik.
  • Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
  • Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
  • Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
  • Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.