Wednesday, May 13, 2009

BERITA BAIK: KURSUS FERTIGASI KINI RM120.00

Setelah membuat kajian semula ke atas kursus-kursus yang telah kami anjurkan terdapat beberapa perkara/tajuk yang boleh disatukan/dipercepatkan. Oleh itu masa untuk kursus dapat dipercepatkan tanpa mengurangkan pengetahuan peserta kursus berbanding peserta lain sebelum ini. Kos untuk menganjurkan kursus juga telah turun di mana peserta hanya perlu membayar RM120.00 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini, tempat adalah terhad (15 orang sahaja).
Sila hantarkan maklumat anda seperti berikut:
Nama Penuh:
No K/P:
No H/P:
Alamat:




ke:-


SMS / bercakap : 016-2622696 / 017-8322381
Fax: 088-783608


Bayaran boleh dibuat melalui:
1. Melalui Bank
AM BANK, CAWANGAN TUARAN
PC FARM
NO. AKAUN: 210-201-200208-1




2. Bayaran Tunai


Datang terus ke pejabat PC Farm, Kg. Bantayan, Tamparuli.




Wednesday, May 6, 2009

KURSUS FERTIGASI

Pada tahun ini kami telah menganjurkan beberapa kursus fertigasi. Kursus ini diadakan di pejabat / kebun fertigasi kami di Kg. Bantayan, Tamparuli dan setakat ini belum bercadang untuk ke daerah-daerah lain memandangkan kami belum ada kebun di daerah lain.
Fertigasi merupakan teknologi baru dalam pengeluaran sayuran dan memerlukan kepakaran/pengatahuan untuk melaksanakannya. Namun begitu fertigasi bukanlah mudah untuk dipelajari dengan teori semata-mata dan melihat gambar-gambar yang ditunjukkan dalam slide. Para peserta perlu melihat sendiri secara real bahan-bahan dan peralatan digunakan (melihat, mengenali, memegang, mengetahui fungsi dan kegunaan serta perlu mencuba sebelum memilikinya sendiri).

Semasa kursus peserta didedahkan dengan teori fertigasi, mempelajari cara merancang (termasuk mengira keperluan), membuat keputusan, melaksanakan dan mengurus projek. Peserta akan didedahkan dengan latihan amali dari penyediaan tangki takungan baja sehingga ke peringkat memetik buah (kira A-Z lah). Peserta juga diwajibkan melawat projek fertigasi sebenar dan boleh bersoal-jawab semasa di kebun.

Objektif Kursus: Selepas kursus peserta boleh mengenali dan memehami fertigasi serta boleh merancang, membuat keputusan, melaksana dan mengurus projek fertigasi sendiri tanpa atau dengan sedikit bantuan dari pengamal fertigasi yang lain.

Galeri sebahagian daripada aktiviti semasa kursus dijalankan:

































IKLAN KURSUS FERTIGASI (17/5/2009)